ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Monday, March 31, 2014

Gian Pepero. Murah gilaaa 3box RM10 ngeh ngehh ~



Hakhakhak ! Sekarang tengah gian makan Pepero Almond ni. Memang musim dia kot. Sebelum ni ada timbul isu halal / haram pasal pepero ni tapi kat bawah ni anin dah tampal jawapan dari Halal Korea berkenaan dengan isu ni.


So macam biasa lah. Sebab anin yakin anin mentedarah la Pepero ni. Bagi yang was2 anda boleh elakkan je. Sebab selagi takde info yang sahih berkenaan dengan ni, ia tetap takde masalah. Heee so sapa2 yang nak jugak promo RM10 untuk 3box boleh la ke fb  [ Fereena Beauty In Penang ]

Nyum nyum ! Selamat berpeperooo !




Luv ya!

www.tips-fb.com

Thursday, March 27, 2014

You're my Everything sayang. Happy Birthday.




Happy birthday sayang !

Lima tahun lepas, sayang kenal b sayang tak pernah sangka yang b akan jadi imam untuk sayang. 
B akan jadi syurga untuk sayang.
B akan jadi tiang untuk sayang berpegang teguh supaya tak mudah goyah dengan dugaan dunia.
U give me a shoulder to cry on.
B akan jadi teman sehidup semati sayang.
B akan bagi sepenuh perhatian b dekat sayang.
Only sayang, bukan orang lain.

B lelaki terbaik yang pernah sayang kenal. Bila sayang kata terbaik, memang b yang terbaik.

Sayang harap b akan sentiasa tabah hadapi dugaan hidup.
Siapa cakap suami sayang tak guna ? Siapa cakap suami sayang tak reti berusaha ?
Hello ni suami sayang ok. Ni Noor Azri Afizan.
Sayang bangga dengan b.

Selamat Hari Jadi Sayang. I will love you till the end of my life. 





Luv ya!

www.tips-fb.com

Sunday, March 23, 2014

Part 5 - Continue


Si N masa ni student SPM. Habis ja SPM dia buat partime dekat FOS. Sama2 dengan Azri la. Wooo masa ni lagi la aku sakit hati. Langsung aku tadak masa nak contact dia. Sebab N ada dengan dia dari pagi sampai malam. Tapi dah nama pun aku ni amek hak orang so aku kena redha ja la.

Aku tak pasti berapa lama N keja dekat sana. Tapi dugaan gila masa tu. Meluat la. Kadang tu pagi2 buta baru balik. Makan hati gila wey. Then tengok pulak dia update gambar2 dengan Azri dekat Myspace. Aku ni makin hari makin sayang. Bila dah sayang tu la yang senang makan hati.

Hurm end of 2009. Aku dapat tau yang N nak pindah p Melaka. Dalam hati aku ? Yes!! Finally dia nak berambus dari Penang ni. Sebab hang la aku susah nak dekat dengan Azri. Tapi aku dpt tau dari tunang abang dia. Kalau N p sana, Azri pun akan follow sebab Azri taley jauh dari N. Hishhh

Then hujung tahun, Azri ada comp dekat BJ. Masa ni kalau tak silap aku N ada dekat Melaka. And maybe sebab tu kot Azri bagi aku tengok dia hari tu. 1st round aku p. 2nd round aku p tapi terserempak dengan F. Lepas tu aku p lagi tapi aku rasa Azri tatau yang N nak p tengok dia hari tu. Sampai ja aku kat sana, aku terkejut gila bila tengok N ada kat situ.






Masa tu aku macam pencuri. Kena menyorok sebab N ada kat situ. Betapa bodohnya aku rasa masa tu. Disisihkan 100% ! Aku perati ja depa dari jauh, seronoknya depa. Masa tu aku rasa macam aku ni nothing selepas aku korban segalanya untuk dia and aku tetap akan disisihkan bila timbul soal N. Masa aku duk kat bawah tu aku rasa macam nak kantoi then aku naik tingkat 1. Dari atas aku peratikan depa. Jatuh jugak airmata aku. 

Tapi takpa lah. Aku just ignore kan ja perasaan aku masa tu sebab akan ada masa lagi dengan dia lepas ni. Masa dah habis comp, actually plan betoinya nak p makan ramai2. Tapi entah kenapa. Tiba2 cancel. N dapat tau ka plan kami ni sebab dia pulak yang nak bawak Azri balik hari tu. Hancur lagi hati aku. N awal2 lagi bawak lari Azri jauh dari aku.

Sampai ja kat rumah memang masa tu aku dah malas. Give up. And time tu dia msg aku bila dia sampai kat rumah. Aku ?? Malas nak layan. Nak tengok muka pun meluat. Then macam biasa lah. Setelah dipujuk rayu.. Aku kembali berharap dekat dia. Final comp masa tu seingat aku malam new year. Time ni kami decide nak p Seagate ramai2. And tu lah 1st night celebrate new year dengan dia. And time tu aku yang ada dengan Azri. Bukan N. So ending new year yang agak bagus untuk aku. Sampai la satu hari aku dapat tau Azri nak p honeymoon dengan N dekat Genting.....


To be continue..





Luv ya!

www.tips-fb.com

Friday, March 21, 2014

Part 4 - Kantoi


Dalam tahun yang sama jugak aku dengan Azri kantoi dengan N. Masa ni zaman myspace. So time tu aku pun saja letak pasal Azri dekat profile myspace aku. Sebab aku agak angin bila N asyik update pasal depa ja. Maybe time tu sense N ni kuat kot and dia dapat taw kami still ada relation. Tapi who knows, walaupun kantoi kami tak pernah break lagi.

Kantoi p la macam mana sekalipun, aku tetap stay dengan dia. Kiranya masa tu aku ni number dua la. Masa tu aku just anggap yang the best girl win hihi. Bulan lapan kalau tak silap aku tahun yang sama, aku tengok dia comp dekat gurney. Rapid fiesta. Masa ni la aku jumpa dengan semua kawan2 dia. Time ni kali kedua aku jumpa dia. 

Aku ni macam segan gak la bila jumpa dia. Serius tak tengok dia pun bila bercakap dengan dia. Lepas tu kenal la dengan kawan dia. Aku rasa depa mesti ingat aku ni kawan Azri ja sebab Azri kan dah ada N. And semua taw dia dengan N macam mana. Aku ni ja time tu yang ingat dia dengan N macam tak bersungguh. How silly i am hurm.

Dalam tahun yang sama jugak, 2009, aku kenal dengan F. And guess what, si F ni pun ex Azri. Aku ingatkan F ni sama batch dengan aku. Rupanya F bagitau yang N rampas F dari dia. See sequence kat sini. What goes around comes around. N rampas dari F. Aku rampas dari N. Tapi maybe masa tu Azri kuat pilih N sebab F ni tak macam N. Personaliti depa jauh beza. N nampak macam agak sosial dari F. And time tu semua tau macam mana sosialnya Azri ni. Kira masa tu Azri dengan N memang sangat sepadan la.

Bayangkanlah F yang baik pun kalah dengan N, apatah lagi aku. Dalam tahun tu aku banyak kena mengalah. Ya lah aku ni ala2 macam perempuan simpanan la. Tapi tetap berharap nak jadi yang terbaik.

Sampai la satu hari tu aku dapat tau kenapa Azri memang tak boleh tinggal N. Rupanya berapa banyak kali Azri kantoi dengan N, N tetap akan maafkan and stay dengan Azri. And keadaan tu pun sama macam keadaan aku dengan Azri. Walaupun aku number dua. Banyak kali Azri kantoi dengan aku aku still maafkan and stay dengan dia. Tapiiii ! Banyak kali Azri kantoi dengan N pasal aku, Azri tetap pilih N dari aku. Tak pernah sekalipun dia tinggal N sebab aku.


To be continue.. 


Luv ya!

www.tips-fb.com

Thursday, March 20, 2014

Part 3 - Orang ketiga


Dah masuk sebulan kenal dengan dia. Tiba2 ada sorang girl ni serang aku. Nama dia T. Dia cakap aku kacau bf dia. Masa tu aku terus tanya Azri sapa T and dia kata dia tak kenal pun. And benda yang sama yang dia kata kat girl tu. Yang dia tak kenal aku. So aku ambush Azri la. Apesal dia kata tak kenal aku and kononnya aku nak breakup masa tu jugak. Then pujuk punya pujuk, aku yang bodoh ni pun boleh jatuh dalam perangkap dia sekali lagi. As easy come easy go, perempuan tu pun blah dari hidup Azri. And kononnya aku the one and only la masa tu.

Hari ni aku add myspace dia. And terkejut. " Who is she ? " Again ??? Jenis aku memang tak suka simpan apa2 dalam hati. Aku pun tanya la dia. Konon2 macam kali ni still menang kat aku lagi la kan.


Me : N Tu sapa ?
Him : Yang mana satu ?
Me : Yang duk komen2 tu la. Sapa dia ??
Him : Ohh N tu adik angkat b la.

And i was ohh adik angkat. Budak sekolah lagi. Ok laaa. Then lepas tu aku tanya abang dia. Abang dia pun kata macam tu. So aku assume yang takkan lah depa nak subahat kot. Sampai aku terlupa yang mana ada abang tak backup adik dia kan ?

Entah berapa minggu aku still pelik. Kenapa ada "HangTuah" dekat myspace N ni. Takkan lah kebetulan yang memang terang2 sama. Nak tanya Azri lagi sekali sat lagi dia kata apa pulak. So aku decide nak tanya N sendiri. Malam tu aku hantar inbox dekat myspace N.

Me : Hai. Minat kat Kechix ek ?
N : Minat ? Who are you ?
Me : Oh saya gf dia. Awak sapa ? Adik angkat dia ek ?
N : Adik angkat ? Saya gf dia.


Dugaan apa lagi ni. Hurmm. Azri terus call aku masa tu. Aku ingatkan nak pujuk aku la. Tapi aku silap. Time tu dia marah sebab aku p inbox N. Masa tu kononnya nak decide la sapa yang patut tarik diri. Aku ingatkan N tu baru dari aku. Rupanya dah nak masuk 2 tahun kot masa tu. Aku ni baru 2 bulan ja. So sedar2 la sapa yang patut tarik diri kan.

Memang masa tu aku nak tarik diri, tapi Azri kata kat aku. Dia pun taktau famili N boleh terima dia ka tak sebab famili N tak suka dia. And masa tu aku assume aku ni mudah dibeli dengan janji2 manis. And syaratnya kena rahsiakan relay kami. Jangan kantoi. And why aku ni bodoh gila p setuju macam tu. And the end of that, aku sakit hati dengan apa yang depa buat lepas ni. Sikit demi sikit aku makan hati. 




Start dari hari tu si N ni ingat aku dgn Azri dah tak dak apa2. Walhal hakikatnya kami rahsiakan benda tu. And benda tu bagi keburukan dekat aku. Boleh tahan ka bila tengok bf snirik dengan girl lain.

Hari demi hari, aku berpegang teguh dengan janji dia. Even bakal kak ipar dia cakap sampai mati pun dia takkan boleh lupa N. Tapi aku tak amek port semua tu. Sebab Azri mulut manis. Apa saja yang keluar dari mulut dia boleh buat kita percaya and lembut hati. Sampai lah satu hari terkantoi buat kali pertama.......



To be continue.. Kantoi...
Luv ya!

www.tips-fb.com

Wednesday, March 19, 2014

Part 2 - First Date


Esok tu aku tak boleh online sebab biasalah mama main on off wifi. Aku pun macam risau sikit sebab dah janji nak on dengan dia time tu. Then malam tu aku call la dia. Saja nak tanya khabar. Masa tu kalau tak silap aku dia tengah training. Aku still blur2 la. Ye la training apa malam2 macam ni kan. Rupanya training silat dia tu. Then masa tu aku rasa mcm ohh hebatnya dia. Hihihi

Lepas dua minggu, kami decide nak jumpa. Aku pening betul nak bagi alasan apa dekat mama. Ye la masa tu mama tak bagi aku keluar sangat. Mama aku ni jenis payah bagi anak2 dia keluar. Pikir punya pikir last2 aku buat keputusan nak minta tolong kawan aku. Shafiqah. Haa dia la yang bawak aku jumpa dengan Azri.

First meet dekat Sunway Carnival. Malam tu dia cancel training dia sebab nak jumpa aku. Masa tu aku tunggu dia dekat entrance. Nervous gila kot hihihi. Mencari tapi tak jumpa pun. Last2 dia mai dekat aku. Dia kata dia dah perati aku lama dah. Masa tu dia botak hakhakhak. Ala2 macam ni laaa.






Bila dah jumpa, kami pun jalan2 la dalam SCM tu. Diam tak berkata apa2. And masa tu dah dekat pukul 9malam. Aku dah ketaq sebab mama tak bagi balik lambat. Aku pun kata la kat dia nak balik. Tapi berat hati laa. Macam kesian pulak dekat dia sebab dah cancel training sebab nak jumpa aku. Tapi takpa la lepas ni boleh jumpa dah hehehe.

Malam tu jugak nasib tak baik. Keta Pqah kena saman pulak. Haihh duit lagi. Huhuhu and of cause aku kena setel sebab aku yang ajak depa mai sini. Redha ja la kan nak buat macam mana.

Masa nak balik tu, something terdetik dekat hati aku. Timbul sikit rasa sayang. Sikit ja. Tapi nonsense gila kan. Dalam dua minggu timbul rasa sayang ? Yes. Sebab anyone yang ada dekat tempat aku masa tu akan fall in love dekat this guy. Cara dia care orang, cara bercakap dia and everything was perfect masa tu. Then why i can't fall in love with this guy ??


To be continued. Is it orang ketiga ?




Luv ya!

www.tips-fb.com

Saturday, March 15, 2014

Part 1 - 25 June 2009


Time ni aku dalam mood frust menonggeng dengan crush aku. Then masa tu baru berjinak2 nak online semua ni. Gian nak download lagu la katakan. Aku pun download la Imesh. Sekarang ni aku tak tau la Imesh still ada ka tak hahaha. Masa tengah duk cari2 lagu, ada la sorang mamat ni add aku dekat situ. Time tu zaman berchatting bagai. Hahaha ! Memang terus aku approve la kan. Ya la tengah frust menonggeng huhuhu.

Lepas ja approve mamat tu, bermula la sesi suai kenai. Hahaha style poyo gila masa tu. Okay aku accept dia pun sebab dia buh gambar ni........


Hahaha nampak niat kat situ hihihi. So intro biasa time tu...



Me : Ni awek tak marah ka duk chat2 ni ? 
Satg ada org ligan saya dengan batang penyapu pulak !

Him : Mana ada la. Awak jadi la awek saya lepas tu awak ligan diri 
sendiri dengan batang penyapu haha !

Me : Macam tu pulak. Single ka ni ?

Him : Yup single. Awat nak kapel ka ?

Me : Hahaha main2 pulak dia. ( dalam hati... uihh mamat hensem ni tadak awek lagi yess ! )

Him : Awat takmau ka ?



Okay time tu aku tak pikiaq apa dah. Sebab aku pun duk frust tak habis lagi. Untuk penghilang bosan boleh la kot hahaha ! Tapi takkan la nak kapel senang2 macam tu ja kan.



Me : Betoi ka ? Tapi takkan nak kapel macam tu ja kot.

Him : Habis tu nak macam mana lagi ? 

Me : Err saya tak boleh on lama2 ni nnt mama tutup wifi. ( time tu mama aku mmg suka btoi main on off wifi hurrr ! )

Him : Kita kapel ek ?

Me : Ha ok la kapel.

Him : Nak panggil apa ni ? Takkan nk panggil bf sendiri "awak2" kot. B bby nak ?

Me : Bby ? Eii tamau la bby2. bby besaq herrr. B syg laa.



Ok lepas tu bertukar lah number fon. Time tu aku tadak kredit. And malam tu jugak dia call aku. Hahaha time tu memang pecah rekod la. Sebab tak sampai sehari kenai terus kapel hahahaha. Ok masa ni aku langsung tak rasa dia ada awek sebab time tu nampak dia macam serius gila. Anyone will fall on his trap. Yeah some kind of playboy trap i think.



To be continue...





Luv ya!

www.tips-fb.com