Saya suka sgt tengok jari-jemari awek saya... Cantik betul… Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah tau... Tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan Yang Maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia tudung... Hmm, bukan sebab jeles orang lain tgk plak tau.... Tapi, sebab saya nak tgk rambut iklan pantene dia tu sampai bila2... Takut nanti dibakar dek api neraka, di suatu hari yang giler forever...
Saya suka tgk body awek saya... Solid betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekung
Supaya mase die 'dating' dgn Kekasih die Yang Utama, dia jaaauh lg cantik dan berseri menghadapNya. Saya pun tumpang dapat pahala… Peerghh!, Syoknye...
Saya sedih sgt bile tengok awek saya tak tido, tak makan, sbb rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, ada problem yang sama.. Die tanya apa ubatnya?... Saya pun bagi die al-Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakanNya drpd saya...
Saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya… "makan, minum, jaga diri, drive elok2 tau.. nanti awak sakit saye susah hati... bla bla bla bla"katenya.. Tapi bila tengok movie sama2, burn asar maghrib gitu aje, die tak kata satu aper pun.. Hai... Berdosanye saya....
Kesimpulannya, saya memang sayang sgt kt dia… Nak jumper die, bersama dia, giler forever…
Yang ever punye forever… Di dunia dan akhirat terutamanya, janji nak share heaven sama2…
Kekal bahagia, Selamanya...
Semoga kami saling mengingati, dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah, ampunkanlah kami…Semoga kami dapat kekal bersama selamanya, di syurga nanti...
ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ
Wednesday, April 1, 2009
Saya sayang dia...
bebelan cn pada 6:28 PM 0 Lovers
coret-coret :: cinta ::
Burung pandai menyanyi
Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah spesel..
Si isteri bertanya..pada si suami...
"Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"
Suami menjawab..
"Ala takper..burung ni spesel..tengok nie.."
Suaminya mengangkat tangan kanan dan memetik jarinya... burung itu terus menyanyi lagu POP.. Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak.. Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..
Si isteri pun suka dan bertanya..
"Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"
Suaminya menjawab..
"Awak cuba la buat.."
Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..
lalu.. burung itu pun berkata...
"SATU SATU LAH, BODOH..!!! "
bebelan cn pada 5:24 PM 0 Lovers
coret-coret :: lawak ::
Kita ada pelawat setiap hari
"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.
Renung-renungkanlah... ... Wallahualam
bebelan cn pada 4:55 PM 0 Lovers
coret-coret :: renungan ::
Sejarah April Fool..
*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!*
Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula di rayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa initurut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. Petikan drpd Risalah Fikrah Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu..... rawahuttirmizi Illal Liqaq .
bebelan cn pada 4:43 PM 0 Lovers
coret-coret :: renungan ::