ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Tuesday, June 16, 2009

Saat cinta bersemi..!~


Yuhuuu!! Khatam gak stu lagi novel.. Hi hi! Mcm biasa la, novel yg dah anin baca, anin baca lagi skali.. Bila mood membaca dtg, mcm tu la jd nya.. Hi hi! Selagi tak abih stu buku, slagi tu la tak puas ati.. Bg yg gila novel cm anin, dorg pun akan rasa cmni gak.. Ha ha!

Byk gak novel yg anin dh ade, anin beli lain.. Sebabnye byk da member2 jdkan harta sdn bhd.. Minat punya psl, beli jugak la.. Hi hi!

Novel ni pun bes jugak.. Ala2 novel Ombak Rindu gak.. Hi hi! Mmg tak nyesal la lau antu novel beli novel ni.. Karya2 Damya Hanna mmg bes2.. Ni anin sediakan sinopsis citer tu..




BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... Kehidupannya terus dirundung malang. Mahu atau tidak, Nur Dhuha harus mengharungnya demi kehidupan yang lebih bahagia.

Syamir... Walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Dia masih belum puas menyeksa hidup si gadis. Lantas, untuk apa kembali, jika sekadar untuk menyakiti..?

Nur Dhuha... Didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak. Dia akhirnya cuba membebaskan diri demi mencari bahagia yang hakiki..

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoaan Syamir. Benarkah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan diri. Semuanya kerana Nur Dhuha. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan2 cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan..

Biar beribu tahun..
Akhirnya hatimu akan kembali..
Ke lubuk kasih kita...


www.tips-fb.com