ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Friday, April 10, 2009

Kenapa dgn aku ni...


ku renung tasik yg dalam...


terpampang wajahmu mempalikkan seribu erti..

ku kocakkn selembut bayu...

perlahan2 wajahmu berlalu...

ku renung awan yg biru...

tergambar gerak gerimu...

suaramu memukau hatiku....senyumanmu melodakkn rasa rinduku..

sayang....

hanya padamu ku serahkn permata di hatiku...

--------------------


www.tips-fb.com

Jika kamu...


Jika kamu memancing ikan....

setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

----------

Jika kamu menadah air...
biarlah berpada, jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang...
terimalah
seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....

-------------------

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu
pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah..

www.tips-fb.com

mood jiwang plak ri ni.. miahaha!!


Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak

sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa.
Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan
mengetahui betapa berharganya anugerah itu.

--------------------

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang
yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa
membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
terbuka.

--------------------

Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup
itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita.

--------------------

Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka
akan mencintai anda.

--------------------

Jangan mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta
itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia
tumbuh dalam hatimu.

--------------------

Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda
dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda
menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.

--------------------

Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat

kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang
gelap menjadi cerah.

--------------------

Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda
tersenyum. Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan
seseorang, ingin menemui dan memeluknya.

--------------------

Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir
dengan air mata.

www.tips-fb.com