Assalamualaikum, annyeong !
Yes ! The date is around the corner. Hee ! Sebenarnya plan nak kahwin sepatutnya bulan 9. Kiranya lepas raya lah kan. Tapi entah macam mana satu malam tu anin saja la tanya incik tunang. Kononnya nak ajak cepatkan date kahwin tu.
Tak harap dia ubah date pun sebenarnya. Tapi entah malam tu tiba2 dia setuju. And anin pun apa lagi. Esok tu terus discuss dengan famili pasal nak cepatkan date kahwin neh. And alhamdulillah famili setuju. Ye lah kan benda baek tak elok lambat2 kan :)
Wedding preparations ?
Nak kata dah setel semua pun tak. Maybe dalam 40% kot yang dah setel hahaha. Orang cakap kami neh nak kahwin ka nak main2. Iye lah kan tinggal tak sampai dua bulan. Tapi still 40% je.
Bab HIV dah setel. Incik tunang pun dah p submit borang and dah p interview. Bab dia dah setel dah. Sekarang anin just tunggu dia bagi borang dia lepas tu baru boleh submit. Maybe akan submit dalam end of May. Tiba-tiba terasa nervous nak kena interview huhuhu.
Plan untuk esok ?
Esok nak p jumpa wedding planner. Nak decide semua benda. Ye lah hari tu pun sempat booking je. So lepas tu nak pergi upah baju melayu untuk nikah. Then p jumpa abah untuk amek sign dia sebab dia kena jadi wali.
Macam-macam benda yang nak kena setel dalam tempoh sebulan setengah neh. Ahaa ! Kad kahwin pun dah p tempah. Maybe next week kot siap. Sangat heaven bila tengok nama sendiri dicetak dekat kad tu heeee !
To be continued ~
Luv ya!