ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Sunday, March 29, 2009

Yang ni aku sokong!!

-Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya. ! Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya, isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan. Sebaliknya orang lelaki biasanya, hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan. Umpamanya, apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat, maka dia akan menegurnya. mmg ler..org lelaki biasanyer tegur cam gitu sbb jeles ble nengok bini dia cun..ahaksss

- Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan. Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban. fitrah org pompuan dlahirkan begitu..

- Bagi orang perempuan, mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan manakala bagi lelaki, mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh. Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami. org lelaki tu sebenarnyer ego namanyer..

- Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat, jangan cuba membohongi isteri! that’s true..sblm korang buat para2 isteri ni slalunyer dh dpt rasa daaaa…ble emosi pompuan dh mcm tsunami…bwk lari anak2..baru ler org lelaki ni ngelupur mcm udang kena bakar..pdhal masalah tu org lelaki yg create…heran2.

- Orang perempuan, apabila risau atau mengalami ketegangan, akan menceritakan masalahnya kepada orang lain. Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah. sbb tu ramai org lelaki yg alami gagguan jiwa..senang ckp gila la…

- Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan, apabila menyayangi seorang lelaki, akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain. Orang lelaki pula lebih fleksibel. dlm hal ni org lelaki mmg fleksibel sgt2…

- Orang perempuan mudah jadi marah, cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun. Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat. ble bini dok sibuk g gym & bdiet..org lelaki slalu ckp x diet2..awk gemok pun abg syg..tp ble g shopp nmpk pompuan cantik..bini di soh jln dgn anak2..laki jln kt blkg..

- Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi. Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak. Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja. Marah atau merajuk perempuan, agak lama ada kalanya berhari-hari, malah berminggu-minggu. pujuk je la.. bukan susah pun!!

www.tips-fb.com

Mana da spesis kitorang cm nih!!!

Sikap girlfriend yang sampai sekarang tak dapat nak faham.

* Dia beli kasut baru hampir setiap bulan dia cakap sebab dia nak sentiasa up to date, tapi kalau saya beli kasut baru pasal kasut lama saya dah koyak dia cakap saya nak mengorat awek lain.

* Kalau dia puji Tom Cruise tu hendsome dia cakap sebab dia memang peminat setia, tapi kalau saya puji Siti Nurhaliza tu cantik dia cakap saya suka membanding-bandingkan dia dengan perempuan lain.

* Kalau dia tak telefon saya seminggu dia cakap itu tak bermakna dia tak rindu saya, tapi kalau saya tak telefon dia selang dua hari dia cakap saya dah curang.

* Kalau dia senyum kat lelaki lain dia cakap dia memang seorang yang murah dengan senyuman, tapi kalau saya senyum dekat perempuan lain dia cakap saya nak mengorat ler tu.

* Kalau dia lewat dia cakap sebab jalan jem, tapi kalau saya lewat dia cakap mesti saya nak beri alasan jalan jem.

* Dia selalu cakap dalam sesuatu hubungan mesti ada “give and take” tapi kalau sesekali saya suruh dia bayar lunch,dinner atau tiket wayang mesti dia cakap saya ni tak gentleman, last-last saya jugak yang kena bayar.

* Kalau dia diam memanjang, dia cakap dia tak ada mood dan tak tahu apa nak cakap, tapi kalau saya diam memanjang dia cakap mesti saya tengah teringatkan perempuan lain.

www.tips-fb.com

Ari yang cbuk..

Semalam aku bz sesangat. Ramai dtg umah aku. Pagi2 dh kena bangun awal. Pi market pahtu masak plak. Then aku kemas2 umah ckit maklumlah org nk dtg kan.. hehe.. Dorang smpai kul 3 lebih pahtu balik kul 7 lebih.
Semalam aku support gak earth hour tapi kan..... pukul 9 aku bukak la tv.. AF punya pasal.. Citer pasal AF, smlm dua pelajar terkeluar. Obri ngan Rini.. Kali ni dorang di hantar smpai dekat pintu atau lebih tepat lagi, dekat pintu bas.. hik3.. Memang patut kuar pun dorang ni.. Dah la tak bes..

Lupa plak, smlm aku fight ngan ex aku. Antu punya jantan!! Sibuk2 je ngan hal aku. Menyampah betol!! Ingat dia bagus sgt?? Dah tu perasan plak!

p/s : Jantan mcm ni tak dpt pun takpe la!! Tak hadap pun!! Huh!!

www.tips-fb.com

Kelebihan takde boypren...miahahaha

Untuk wanita…
1. Jimat masa
2. Dapat tido lena
3. Tak perlu riso kalu xde miskol
4. Tak perlu riso nk mekap kalu xcantik
5. Boleh makan kt mana2 restoren
6. Takde lagi sms boring tgh malam
7. Bley cakap dgn mana2 lelaki
8. Takde lagi nasihat yg membingitkan tinge
9. Bley pergi ke mana saje hatta dgn sesape ponn
10. Tak perlu dgr lawak bodoh lagi
p/s : itu yg single ni besh!!!

www.tips-fb.com

Wanita..~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

www.tips-fb.com