ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Saturday, April 11, 2009

Lawak meterialistik..^_~


Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab ekslusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gim. Tiba-tiba kedengaran deringan telefon bimbit di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut.


Lelaki: Hello?

Perempuan: Abang, Sayang nie.

Lelaki: Eemmm...

Perempuan: Abang masih ada di kelab lagi ke?

Lelaki: Ya...

Perempuan: Sayang sekarang ni berada di kompleks beli belah dua blok dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru...cantik bang, boleh ke Sayang beli?

Lelaki: Berapa harganya?

Perempuan: Cuma RM1500.00 aje.

Lelaki: OK, belilah kalau memang awak dah suka sangat.

Perempuan: Ahhh, terima kasih ye bang dan tadi sebelum datang sini Sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan Sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price. Lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu...

Lelaki: Berapa harga yang dia bagi?

Perempuan: Cuma RM280,000 ...

Lelaki: "OK tapi pastikan harga tu dah on the road.

Perempuan: Bagusnya!! Sebelum letak telefon ni, ada satu perkara lagi...

Lelaki: Apa?

Perempuan: Abang jangan terkejut pulak, Sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi Sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan Sayang dapat tahu rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang ni untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada kolam renang bentuk 'hati' tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu...cantik, kan bang?

Lelaki: Berapa harga yang mereka minta?

Perempuan: Cuma $740,000... OK kan bang, dan Sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.

Lelaki: Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000.OK?

Perempuan: OK, abang Sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

Lelaki: OK, I Love you too....

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap telefon bimbit tu…sambil mengangkat tangan memegang telefon bimbit tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?" ^.^

www.tips-fb.com

0 |peNgomen tingtonG|: