Menguap..... semua orang menguap termasuk juga dgn aku... tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.
Kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut.. Ini rasanya kebanyakan orang tahu.. Alhamdullilah.. kan manis gitu..
Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut bunyinya pula pelbagai...huargh. ....huh.. ...haaah dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.
Mengikut penjelasan seorang ustaz, syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan..?
Astarafilullah. .! begitu rupanya... lalainya kita.
Jadi pesan ustaz tersebut.. bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyia tetapi ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan, menghiburkan syaitan, sukakah kita bila syaitan seronok?
Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar,setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan
keimanan kepada ALLAH subhanawataala dan menjauhkan fitnah syaitan...
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
3 days ago
0 Lovers:
Post a Comment