ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Sunday, March 29, 2009

Dulu dan skrg..

Zaman dah berubah, benda-benda yang terfikir dahulu sekarang ni dah menjadi perkara biasa.

Dulu : Orang pergi stesyen minyak nak isi minyak saja..
Skrg : ni orang ke stesyen minyak nak cucuk duit.

Dulu : Warkah ini ku kirimkan untukmu….
Skrg : I dah send email kat u..try ler buke…

Dulu : Maafkan saya kerana tak sengaja terlanggar awak…
Skrg : Hoi..bute ke..tak nampak orang?? hampeh!

Dulu :Tel rumah duduk..tekan nombor pusing-pusing..tak boleh bawak pi mana2
Skrg : Hp dah..boleh bawa kemana-mana ..no tekan je

Dulu : Telegram - Datuk sakit tenat..mohon balik segera
Skrg : SMS: Dtk skt tnt..blk cpt (short cut sesangat le tu…

Dulu : Selamat pagi cikg (murid-murid datang awal)
Skrg : Maaf cikgu..lambat..trafficc jam atau motor pancit

Dulu : Betul mak..itu salah saya..janji tak buat lagi
Skrg : Maner ade..tu bukan salah saya mak..buat aper saya nk mintak maaf

Dulu : Teman-teman seperjuangan..bebaskan tanah air kita dari penjajah
Skrg : Geng-geng atau member-memberku.malam ini kita merempit atau lepak-lepak.

www.tips-fb.com

Coke + Ajinomoto = RAPE !!


DO YOU KNOW ?

Coke+Ajinomoto Can be Used To Rape Ladies!!

I received a news about the recent tactic used to spike girls' drink. It is a cheap and widely used method. Rapist uses this method. Coca-cola+ajinomoto/monosodium glutamate = a medicinewhich will cause drowsiness and excitement in the victim.This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware. DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / evenif it is your friend that you are not very close with.

www.tips-fb.com

Kehidupan~~

Adakala dlm sebuah kehidupan, meniti sebuah pengharapan, kita sering didatangi, mencabar dan dicabar, mengejar dan dikejar, mengalah dan dipersalah.

Berpuncakkah gunung, tergapaikah langit andai yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran..?

Namun aku besarkan hati, bertemankan yg memahami hanya demi sebuah sabar.. Aku masih gagahkan diri mencari sinar bahagia di sebalik derita.

Pasti akan kuharungi kepayahan ini, walaupun sabarku diinjak ke bumi…

p/s: lau aku.. yg dikejar aku simpan belah kanan.. yg dikendong aku simpan belah kiri… Hahahaha.. Tamak haloba plak… Huhuhu.. Tak baek tamak2 nie… Bersyukur ngan pe yg ada.. Alhamdulillah..

www.tips-fb.com

Bila dia berdusta..

Salam buat semua yang rajin membaca blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin antara kita kadang-kadang malas nak membaca,tapi kadang-kadang jugak ada sesuatu yang membuat kita cenderung untuk melakukan sesuatu yang kadang-kadang kita paling tak suka nak buat, paling benci nak buat dan paling penting kita seboleh-bolehnya nak lari dari membuat benda yang kita paling benci tu. Dan yang paling membencikan..aku kena tulis di blog ni. Bukan aku tak sudi ataupun tak suka.. aku suka,tercenderung sangat untuk menulis. Tapi tiap kali bila aku menulis.. mesti aku tak reti nak mengarang. Dan sememangnya dari dulu lagi aku paling benci buat karangan. Tapi..erk..! Dah cukup..! Aku benci hipokrit..

Sebenarnyer,aku sedih.. Mungkin tak sesedih insan yang kecewa. Sebab aku tak berada di tempat dia. Mungkin ada antara kita kadang kala tak sedar betapa perbuatan kita mengecewakan orang sekeliling kita. Paling penting,hanya dengan satu ayat dari yang tersayang dah mampu membuatkan kita terasa. Cuma aku tak faham..kenapa ada sesetengah orang tak pernah perasan, tak pernah ambil peduli perasaan orang lain. Yang kecewa..yang dikecewakan..dan yang mengecewakan.

Ape insan yang mengecewakan ni tak ada sekelumit pun rasa bersalah ke? tak rasa terkesan ke dengan apa yang pernah mereka lalui dulu. Senangnyer melahirkan rasa sayang.. mudahnya mengatakan kata cinta.. dah betapa kacangnya memuntahkan dusta.. Aku? Aku jugak insan yang selalu kecewa..Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur.. kecewa aku bukan sebab orang ketiga. Kecewa aku lain.. Tak sama walau ada yang mengatakan ia serupa.. KECEWA..

Kalau dulu sayang..tapi kenapa sekarang benci? Kalau dulu kawan, kenapa sekarang musuh..? Payah ke untuk setia? atau yang sebenarnya jujur yang lebih payah. Bagi aku yang ilmu cintanya masih sehujung kuku,jujur lebih susah. Walau kadangkala kita merasakan yang kita sudah pun berlaku jujur. Hakikatnya kejujuran tu masih terbatas oleh satu perasaan yang dinamakan ego.

Ego untuk mendedahkan segalanya tentang diri kita. Ego untuk merendahkan martabat diri kita. Ego untuk memberitahu semua orang tentang kelemahan diri kita. Dan hanya mereka yang benar-benar kuat mampu berlaku jujur. Kalau tak,masakan seorang lelaki sanggup menipu kekasihnya tentang punca keretakan hubungan mereka.

Punca yang sebenarnya disebabkan orang ketiga. Pernah anda terdengar,ataupun pengalaman sendiri, bila anda bertanya mengapa dia berubah..maka jawapannya..”semua ni tak ada kena mengena dengan dia.” jawapan tu yang sering kita dengar bukan? jarang sekali kita mendengar jawapan begini.. “memang saya berubah sebab dia..” Kenapa bukan jawapan itu yang kita dengar? Kerana kecenderungan seseorang lelaki itu untuk melindungi kekasih yang baru mendapat tempat dihatinya..mungkin.. Dan mungkin juga untuk membuatkan si gadis percaya yang keretakan hubungan itu bukan disebabkan orang ketiga.

Tetapi disebabkan dirinya yang tak setia.. Aku pun manusia biasa. Bila sesuatu terjadi.. kita cepat terasa. Tapi terpulang pada individu tu untuk mengatasinya..Mungkin aku bukan seorang yang begitu professional untuk berlagak cool berhadapan dengan cerita dusta manusia. Mungkin aku jugak bukan begitu berjiwa mulia untuk memaafkan penipuan yang membutakan.. Telinga mungkin mampu ditekup bila kita benci untuk mendengar fitnah manusia. Tapi mana mungkin mata ditutup bila kecurangan berlaku di depan mata..

Aku mengaku.. aku tak sehebat dia menahan rasa kecewa, menjeruk rasa.. Tapi teman, percayalah..sesungguhnya engkau secantik bunga. Kuatmu kerana mampu menahan badai yang melanda. Kerana engkau bukan rimbunan bunga biasa yang tumbuh kerana dibaja. Tapi engkau bunga hebat..tumbuh meliar di hutan..yang hidupnya dengan kekerasan hati. Walau terselit rasa kerendahan budi. Kerana hanya mereka yang benar-benar ikhlas mampu memetikmu dari tangkainya..

Percayalah teman, akan ada sinar bahagia yang sedang menanti dirimu di penghujungnya. Hidupnya hati bukan kerana kecewa..tapi kerana cinta. Sematkan di hatimu..wanita solehah untuk lelaki yang soleh.

www.tips-fb.com

Sebab pompuan lebih cepat nampak tua.. Ye ke??

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. .. wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

heheh…… just for fun ok!

www.tips-fb.com