ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Sunday, March 29, 2009

Bila dia berdusta..

Salam buat semua yang rajin membaca blog aku yang tak seberapa ni. Mungkin antara kita kadang-kadang malas nak membaca,tapi kadang-kadang jugak ada sesuatu yang membuat kita cenderung untuk melakukan sesuatu yang kadang-kadang kita paling tak suka nak buat, paling benci nak buat dan paling penting kita seboleh-bolehnya nak lari dari membuat benda yang kita paling benci tu. Dan yang paling membencikan..aku kena tulis di blog ni. Bukan aku tak sudi ataupun tak suka.. aku suka,tercenderung sangat untuk menulis. Tapi tiap kali bila aku menulis.. mesti aku tak reti nak mengarang. Dan sememangnya dari dulu lagi aku paling benci buat karangan. Tapi..erk..! Dah cukup..! Aku benci hipokrit..

Sebenarnyer,aku sedih.. Mungkin tak sesedih insan yang kecewa. Sebab aku tak berada di tempat dia. Mungkin ada antara kita kadang kala tak sedar betapa perbuatan kita mengecewakan orang sekeliling kita. Paling penting,hanya dengan satu ayat dari yang tersayang dah mampu membuatkan kita terasa. Cuma aku tak faham..kenapa ada sesetengah orang tak pernah perasan, tak pernah ambil peduli perasaan orang lain. Yang kecewa..yang dikecewakan..dan yang mengecewakan.

Ape insan yang mengecewakan ni tak ada sekelumit pun rasa bersalah ke? tak rasa terkesan ke dengan apa yang pernah mereka lalui dulu. Senangnyer melahirkan rasa sayang.. mudahnya mengatakan kata cinta.. dah betapa kacangnya memuntahkan dusta.. Aku? Aku jugak insan yang selalu kecewa..Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur.. kecewa aku bukan sebab orang ketiga. Kecewa aku lain.. Tak sama walau ada yang mengatakan ia serupa.. KECEWA..

Kalau dulu sayang..tapi kenapa sekarang benci? Kalau dulu kawan, kenapa sekarang musuh..? Payah ke untuk setia? atau yang sebenarnya jujur yang lebih payah. Bagi aku yang ilmu cintanya masih sehujung kuku,jujur lebih susah. Walau kadangkala kita merasakan yang kita sudah pun berlaku jujur. Hakikatnya kejujuran tu masih terbatas oleh satu perasaan yang dinamakan ego.

Ego untuk mendedahkan segalanya tentang diri kita. Ego untuk merendahkan martabat diri kita. Ego untuk memberitahu semua orang tentang kelemahan diri kita. Dan hanya mereka yang benar-benar kuat mampu berlaku jujur. Kalau tak,masakan seorang lelaki sanggup menipu kekasihnya tentang punca keretakan hubungan mereka.

Punca yang sebenarnya disebabkan orang ketiga. Pernah anda terdengar,ataupun pengalaman sendiri, bila anda bertanya mengapa dia berubah..maka jawapannya..”semua ni tak ada kena mengena dengan dia.” jawapan tu yang sering kita dengar bukan? jarang sekali kita mendengar jawapan begini.. “memang saya berubah sebab dia..” Kenapa bukan jawapan itu yang kita dengar? Kerana kecenderungan seseorang lelaki itu untuk melindungi kekasih yang baru mendapat tempat dihatinya..mungkin.. Dan mungkin juga untuk membuatkan si gadis percaya yang keretakan hubungan itu bukan disebabkan orang ketiga.

Tetapi disebabkan dirinya yang tak setia.. Aku pun manusia biasa. Bila sesuatu terjadi.. kita cepat terasa. Tapi terpulang pada individu tu untuk mengatasinya..Mungkin aku bukan seorang yang begitu professional untuk berlagak cool berhadapan dengan cerita dusta manusia. Mungkin aku jugak bukan begitu berjiwa mulia untuk memaafkan penipuan yang membutakan.. Telinga mungkin mampu ditekup bila kita benci untuk mendengar fitnah manusia. Tapi mana mungkin mata ditutup bila kecurangan berlaku di depan mata..

Aku mengaku.. aku tak sehebat dia menahan rasa kecewa, menjeruk rasa.. Tapi teman, percayalah..sesungguhnya engkau secantik bunga. Kuatmu kerana mampu menahan badai yang melanda. Kerana engkau bukan rimbunan bunga biasa yang tumbuh kerana dibaja. Tapi engkau bunga hebat..tumbuh meliar di hutan..yang hidupnya dengan kekerasan hati. Walau terselit rasa kerendahan budi. Kerana hanya mereka yang benar-benar ikhlas mampu memetikmu dari tangkainya..

Percayalah teman, akan ada sinar bahagia yang sedang menanti dirimu di penghujungnya. Hidupnya hati bukan kerana kecewa..tapi kerana cinta. Sematkan di hatimu..wanita solehah untuk lelaki yang soleh.

www.tips-fb.com

0 Lovers: