ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Showing posts with label :: novel ::. Show all posts
Showing posts with label :: novel ::. Show all posts

Sunday, February 7, 2010

HAMPA HATIKU..


Smlm anin da abeh baca citer neh.. Tak sampai sehari pn anin baca.. Citer neh bleh thn la tp tak sesyok citer SEPI TANPA CINTA tu..

Rian hilang ingatan.. Dia ingat suma org tp dia tak ingat ap yg jd 4 taun lepas.. Dia tak ingat yg dia neh da ad suami, Hanif.. Hanif neh nk bls dendam kat Rian sbb pekena dia dulu.. So dia amek kesempatan la dgn keadaan Rian yg tak hengat pape neh..

Rian keliru lalu dia nekad nak cari jwpn.. Tp syg, bila dia da mula cintakan Hanif, Rian dapat tau Hanif ternyata berdendam atas apa yg pernah berlaku..

Ada stu part lam novel neh yg wt anin sokkaa.. Masa Nurliza g jumpa Rian, nk mintak izin kawen ngan Hanif..

Rian: Mcm mana u bleh terfikir yg i takkan kesah dgn permintaan u tu?
Nurliza: Sebab i skrg mengidap kanser. Masa yg tinggal untuk i da tak lama.
Rian: Jadi, u pikir sbb u ad kanser, i akn bersimpati? U ingat, lau masa u da suntuk, i akn sudi berkongsi kasih sayang Hanif dgn u?

Anin kasi rate 6/10 jer tuk citer neh.. Sbb tak besh sgt pn.. Skrg neh anin tgh cari novel ANDAI ITU TAKDIRNYA.. Rinox ckp besh.. Heh..

Overall.. Not bad laa.. Tapi anin tak rekemen laaa.. Rugi2.. :(



Luv ya! MmmwaaahhhxX!!

www.tips-fb.com

Wednesday, February 3, 2010

I got it.. lalala~


Oke2.. Bawak bertendang yer.. Sila control kejelesan korunk yg suda smpai tahap dewa tuh.. heheh..

Td sje jejalan so singgah kejap ler kt Popular neh.. Niat nk g carik kertas kaler2 tuk wat kraf2 mcm kak zie tuh.. I jelesh oke.. Tp tawaf pnye tawaf, i ttp tak jumpe jugak.. Suda bankrap ker popular neh? Kertas cm tuh pn tarak jual ke? sobsobsob*

Tp takpe.. Anin ganti lak dgn merembat novel Ilham Hati karya Damya Hanna neh.. Byk yg kata besh kan.. Anin pn ape lagi.. Tnpa bepikir pnjg ke laut, i rembat cepat2.. ahahaha!

Stopppppppp!!

.....

....

...

..

.

Korunk suma jgn rembat lagik.. Biar anin jd bahan xperimen dulu.. Org nk review tahap kejiwangan novel neh.. If tiptop, cepat2 i roger korunk yer..

Org tanak ler korunk merugikan duet yg bagai nak rak korunk carik.. Bkn ap shygs2 sekalian, i penah rasa cam nak campak jer novel yg i beli ke laut bila ianya harammss tak mnyegat.. :(

Psstt.. Dini.. I carik jugak novel karya Rose Harissa tuh, tp tak jumpa pon.. :(

P/s: Org akan stat menelaah novel itu weekends neh oke..
Wait 4 da 'greenlite'..
ngeh3..




Luv ya! MmmwaaahhhxX!!

www.tips-fb.com

Tuesday, February 2, 2010

Lonely Without Love..


Neh haa novel yg anin duk meroyan tuh.. Sepi Tanpa Cinta karya Damya Hanna.. Lau korg nk tau, suma karya Damya Hanna mmg besh.. Meh anin nk potpet cket sinopsis novel neh..

Haziqah neh dia nk kawen ngan Yusri, tp lg 2 ari nk langsung majlis, ad org yg wt fitnah kt dia.. Dorg neh kata dia da tak suci lg.. So Yusri neh ap lagi, terus anta surat kt Haziqah n cancel suma majlis tuh..

Tp Haziqah neh nekad, Kot mana pn dia ttp nk lgsungkan majlis tuh.. Dia nk buktikan dia masih suci, so dia pn kawen ngan Fakhrul.. Fakhrul neh mati2 tamo kat dia, tp mak Fakhrul suruh jugak.. Haziqah ingat bila dia kawen ngan Fakhrul, dia akn bahagia, tp mcm2 mslh lak yg timbul smpai dia digantung tak bertali!

Selebehnya korg baca sndiri yer.. Mmg besh oke.. =)

pssttt.. tak rugi lau kak zie nk rembat spoloh.. =p

P/s: Sekarang neh mmg susah nk dpt novel neh..
Da mcm limited edition pulok..
baru beli las week, dis week g tgok balek da takde..

sobsobsob~~




Luv ya! MmmwaaahhhxX!!

www.tips-fb.com

Saturday, June 27, 2009

Erti rindu ini


Yess! Satu lagik novel da abes dibaca ari ni.. Hurmm.. Novel ni bg anin ok la.. Nak kata tangkap minat nk membaca, takde la sgt tp dr spoloh mrkah, leh kasi 7 kut.. Hikhik..

Anin suka betul part Yana ngan Fariz.. Rasa sweet sgt.. Dalam ego ade rse syg.. So sweet.. N part plg sdih bila Iki ngan Razman meninggal.. Hukhuk.. Ni anin ade sediakan sinopsis tuk korang.. Lau nk bce lagik, kena beli la gamaknya.. ngee~~ >_< winks



MENGAPA kau tinggalkan aku ketika cinta ini sedang mekar mengharum? Sedangkan kau tahu aku tidak bisa hidup tanpa kau di sisi. Jangan kata kau lupa saat-saat manis yang pernah kita lalui bersama. Kita pernah menabur kasih dan cinta di taman hati. Kupersembahkan segala yang aku ada untukmu. Apa lagi yang kau mahu sudah kuturutkan. Kerana cinta, kasih dan setiaku, kerana janji dan sumpah yang kau lafaz dulu, air mataku ber­linangan. Tapi kau pergi jua...

Yana mengharungi liku-liku hidup sendirian setelah Razman pergi menghadap ILAHI. Jiwanya nanar. Cinta yang terbina sejak di bangku sekolah tidak kesampaian. Luka dan sengsara di hati dirawat sendiri dalam kepayahan.

Kau kata, aku bagai lilin yang menerangi kegelapan duniamu. Kehadiranku umpama air di kali yang menyegarkan perasaanmu. Kau sedia berkorban untukku. Sedia merawat kelukaan hatiku. Ku dibuai cinta, kasih, sayang dan rindumu yang luhur sejati. Tersentak aku dari lamunan yang panjang. Mawar tanpa haruman tidak mungkin disunting buat penyeri syurga asmara. Di tangkai jua ia layu...

Cinta Fariz terlalu luhur untuk Yana. Bergetar jiwanya setiap kali berada di sisi jejaka itu. Namun, sudikah Fariz menerima dirinya seadanya? Apatah lagi keluarga Fariz terlalu me-menting­kan maruah dan prestij. Layakkah dia berganding dengan je­jaka yang berjaya menakluk hatinya itu?

www.tips-fb.com

Tuesday, June 16, 2009

Saat cinta bersemi..!~


Yuhuuu!! Khatam gak stu lagi novel.. Hi hi! Mcm biasa la, novel yg dah anin baca, anin baca lagi skali.. Bila mood membaca dtg, mcm tu la jd nya.. Hi hi! Selagi tak abih stu buku, slagi tu la tak puas ati.. Bg yg gila novel cm anin, dorg pun akan rasa cmni gak.. Ha ha!

Byk gak novel yg anin dh ade, anin beli lain.. Sebabnye byk da member2 jdkan harta sdn bhd.. Minat punya psl, beli jugak la.. Hi hi!

Novel ni pun bes jugak.. Ala2 novel Ombak Rindu gak.. Hi hi! Mmg tak nyesal la lau antu novel beli novel ni.. Karya2 Damya Hanna mmg bes2.. Ni anin sediakan sinopsis citer tu..




BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... Kehidupannya terus dirundung malang. Mahu atau tidak, Nur Dhuha harus mengharungnya demi kehidupan yang lebih bahagia.

Syamir... Walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Dia masih belum puas menyeksa hidup si gadis. Lantas, untuk apa kembali, jika sekadar untuk menyakiti..?

Nur Dhuha... Didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak. Dia akhirnya cuba membebaskan diri demi mencari bahagia yang hakiki..

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoaan Syamir. Benarkah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Hari demi hari, Syamir mula mengesan perubahan diri. Semuanya kerana Nur Dhuha. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan2 cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan..

Biar beribu tahun..
Akhirnya hatimu akan kembali..
Ke lubuk kasih kita...


www.tips-fb.com

Saturday, June 13, 2009

Manisnya Cinta



Anin baru je pas bce novel ni.. Agak bes jugak citer dlm novel ni.. Ayat yg paling anin ske dlm novel ni ialah smooth landing.. Pada sesiapa yg bce novel ni.. Dia tau la part mne yg smooth landing tu.. ngee!~



Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.


p/s : nk tau citer seterusnya.. kena beli la.. hi hi! Mmg bes!

www.tips-fb.com