ღ Welcome ღ

Ping !

ღ Thanks For Becoming Eyes's Followers ღ

Sunday, March 29, 2009

Sebab pompuan lebih cepat nampak tua.. Ye ke??

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya. wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya. .. wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

heheh…… just for fun ok!

www.tips-fb.com

Airmata besfren pompuan...

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”

“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan...”

www.tips-fb.com

Kitorang selalu rasa ni lah wahai kaum lelaki..

Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.

Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban.Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira!
Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

www.tips-fb.com

LoVe vS bUs..

Tau x, cinta sbnrnya sama sprti sse0rg yg mnunggu bas.. Bila bas 2 dtg, awk tg0k bas 2 dan awk kta pda dri awk, “Eee… pn0hnya… x de tmpt dduk..” Jd, awk ktakn pda dri awk, “Sy akn tnggu bas yg lain.” Awk pn biarkn bas 2 brlalu dan awk tnggu plak bas yg lain.. Kmudian, dtg plak bas yg kdua.. Awk tg0k bas 2 dan awk akn ckp, “Eee… Bas ni bur0k sgt.. Msti x slesa.. dan mgkin bas ni akn r0sak kt tgah jln..” Jd, awk pn biarkn bas bur0k 2 brlalu dan awk brcdg tuk tggu bas yg strusnya..

Setelah bbrapa ktika, dtg lg sbuah bas.. Bas yg dtg 2 k0s0ng, x pnuh dan x sbur0k bas yg td tp kli ni awk kta, “Emmm…. x de air-cond… Cuaca plak pns.. Lbih baik sy tggu bas yg lain..” dan skali lg awk biarkn bas 2 brlalu dan awk brcdg tuk mnnti bas yg sterusnya..

Tiba2 awan mula gelap, cuaca smakin mndung dan bru awk prasan yg awk plak dh trlmbt rupanya.. Awk mla panik dan trus naik bas yg dtg ktika 2, wlaup0n bas 2 x sbgitu smpurna.. dan kmudian brulah awk sdr bhwa.. Awk dh naik bas yg slh..

Jadi, slama ni awk dh mmbzir bnyak msa dan wang tuk mnunggu apa yg awk nk.. Walaup0n yg dtg 2 adlh bas yg berair-cond, adkh awk dpt pstikn bhwa bas 2 x akn r0sak di tngah jln atau mngkin bas 2 tak trlalu sjuk tuk awk? Jadi, mngingini apa yg awk idmkn 2 mmg x slh.. tp, x slh jga klau anda snggup mmbri stu pluang pda org lain kn? Sekiranya awk dpati “bas” 2 x ssuai dgn awk, apa yg prlu awk lakukn hnya tkn l0ceng dan trun drpd bas 2..

tp.. sy pst awk smua tntu ada pngalamn yg mcm ni.. Awk nmpk sbuah bas dtg (tntulah bas yg awk nnt2 kn), awk thn bas 2 tp pmndu bas 2 plak bt x fhm dan pura2 bt x nmpk awk dan trus brlalu tnggalkn awk!! hahahaha.. Bila ada bas yg lalu mlintasi sy mcm 2, apa yg sy lkukn ialah BERJALAN! b0d0h sbenrnya tuk mngejar bas 2 sbb stiap kli, awk akn trjtuh dan mnyakiti dri awk sndri.. Jadi, brcnta 2 adlh ibarat mnunggu bas, sma ada awk nk naik dan bri pluang pda bas 2.. smuanya trpulang pd dri awk.. dan bla awk brjln, awk sbnrnya cba mlarikn dri drpd cnta!!

p/s :- x pyh tgu bas.. j0gging lg baik.. x pyh kuar duit.. leh eksesais lg.. (^_^)

www.tips-fb.com

Korang laki ke pompuan??

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama…..
Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
Kira jumlah huruf F’s dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?
Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
OK?
berapa banyak?
tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)
baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC STUDY COMBINED WITH THE EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..
Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini…
otak LELAKI tidak memproses perkataan “OF”.
Keajaiban kejadian atau silap mata?
Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F’s pada permulaan ujian memiliki otak PEREMPUAN
Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran perkara ini..”

p/s: aku pompuan oit!!

www.tips-fb.com